content top

[Kisah Seram] Toyol Di Sekolah

Kisah Seram – Toyol Di Sekolah

Kisah seram ni terjadi masa aku di sekolah rendah..Dalam tahun 1991..

Masa tu aku ke sekolah dengan bas sekolah, pukul 6 pagi atau paling lewat pukul 6.15 pagi dah sampai sekolah..Kiranya aku la orang yang paling awal sampai kat sekolah..Kelas aku di tingkat atas sekali iaitu tingkat 3 di blok paling belakang..Kelas aku nombor 2, jadi nak ke kelas aku kena lalu kelas 1 dulu..

Hari tu masa aku otw ke kelas, sebelum aku lalu kelas 1 aku pandang dulu kelas tu. Gelap gelita. Bila aku sampai je kat depan kelas 1 tu, tiba-tiba aku terdengar macam ada orang tarik buku dalam meja kemudian terdengar buku jatuh.

Terkejut beruk aku masa tu..Bulu remang otomatik berdiri..

Aku beranikan diri, masuk ke dalam kelas tu dan bukakan lampu. Bila dah terang dengan cahaya lampu, aku lihat sekeliling. Kosong je kelas tue. Bila aku nak tutup balik lampu dan keluar baru aku terperasan ada satu lembaga, mata dia merah sedang perhatikan aku. Lembaga tu duduk dalam almari sambil pintu almari tu dibuka sedikit untuk dia mengintai aku.

Aku pun apa lagi terus pecut turun ke bawah, tangga tu aku main lompat2 terus punya la takut time tu..Aku tunggu agak orang datang ramai sikit baru aku naik ke kelas.

Lebih kurang setengah jam orang dah mula ramai datang ke sekolah. Ada sorang budak ni dia naik atas kelas tingkat 3, aku pun ikut dia naik atas..

Dia ni duduk kelas pertama tu, sebaik tiba kat tingkat 3 dia pun masuk la ke kelas dia dan aku pun masuk ke kelas aku.Tiba2 budak kelas pertama tu jerit kuat2 mcm kena rasuk..

Aku pun pergi la kat dia, tanya kenapa  jerit2 nie???  Dia cakap nampak bentuk badan kat simen sekolah tu…Aku pun tengok bentuk badan yg dia tunjuk tu..Rupa bentuk badan tu nampak sebiji mcm badan kambing.. Takkan kambing naik atas sekolah kot?

Apabila aku check setiap simen, aku ada ternampak beberapa tapak kaki agak besar..dok terfikir ni mcm tapak kaki toyol je…aku bgitau kat budak tu ni sah kaki toyol..aku pun apa lagi pecut turun bawah la…

Budak tu pun mengelabah turun bawah…Lepas tu kami pergi kat pakcik guard tu nak bagitau ada toyol kat kelas atas sana…Pakcik guard tu cakap memang ada toyol pun…Dia kata dah banyak barang sekolah hilang sebab toyol tu curi…

Pergh bertapa seramnya aku sendiri nampak mata toyol tu..Dah la time tu aku sorang je..

[kisah seram]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

SEO Powered By SEOPressor