Cerita seram ni dialami oleh member aku semasa dia belajar di UiTM Dungun pada awal tahun 2000. Member aku ni duduk sorang diri di bilik di tingkat 2 kolej Tasik (Sekarang Kolej Tasik ni dah ditukar nama baru). Member aku ni xde roomate, dapat bilik sesorang jer.
Pada satu malam, member aku ni tido sesorang, tiba-tiba dia tersedar..bukak mata kejap and pusing mengiring mengadap dinding..Cuba nak sambung tidur balik..Dalam proses nak sambung tidur ni, member aku pun pejamkan mata..
Tiba-tiba dia terdengar ada orang bancuh air kat meja study..Dengar orang tuangkan air dari cerek ke gelas..bunyi sudu berlaga dengan gelas..padahal kat dalam bilik dia tu tak pernah pun ada cerek,gelas maupun sudu..Member aku citer time tu dia rasa nak terkencing dah..
Lebih kurang seminit dua pas tu, bunyi tu senyap..Member aku nie dh ready nk pecut ke bilik sebelah..Belum pun sempat nk bangun, sreeettt…Bunyi kerusi study di seret..Member aku ni dah lemah segala sendi..Tiba-tiba.. kreeoookkk.. bunyi pintu loker kosong dibuka..Bunyinya mmg kuat..
Ntah macamana member aku ni dapat tenaga terus bangun dan buka pintu dan pecut laju ke bilik sebelah..Mengigil satu badan member aku ni bila sampai kat bilik sebelah..Seminggu jugak member aku ni merempat kat bilik member2 sebelum mampu balik semula ke bilik dia..