content top

[Lawak Seram] Abu Si Kaki Pancing

Kisah Abu Si Kaki Pancing

Abu seorang kaki pancing yang tegar.. Lubuk & sungai mana yang dia tak pernah jejakkan kaki..Cakap je kat sungai tu ada ikan,confirm Abu aku terus gi mancing kat sana.

Satu petang, ketika tengah lepak-lepak sambil main dam aji kat kedai kopi Wak Jawa, Abu terdengar lar perbualan rakan2 sekampungnya tentang lubuk baru di kampung seberang, jarak lubuk sungai tu dengan kampung seberang lebih kurang 8 km, betul2 di tepi pinggir hutan.

Esoknya, sebelum Zohor Abu dah siap nak pergi mancing kat lubuk yang diceritakan, Abu masukkan bekalan makanan dan alatan pancing ke dalam raga motor..Pakai helmet dan teruskan perjalanan. Abu menunggang motornya sambil bersiul dan menyanyi riang. Agak jauh perjalanannya. Dah hampir waktu Asar baru Abu tiba di kampung seberang. Memandangkan dia belum solat Zohor, maka Abu buat keputusan untuk solat  Zohor terlebih dahulu dan bercadang sesudah solat Asar dia akan meneruskan perjalanan.

Beberapa minit kemudian, Abu ternampak sebuah surau yang agak uzur. Abu berhenti di surau itu dan memerhati sekeliling. Tidak kelihatan sesiapa pun di sekitar itu, keadaan sunyi sahaja.

Dengan tergesa-gesa Abu mengambil wuduk sbb waktu Zohor dah hampir habis.

Baru jer hendak rukuk di rakaat pertama, Abu terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba-tiba meremang. “Alahai, sapa pulak yg gelak tu?” bisik hati Abu. Setiap kali dia rukuk dan sujud, terasa kepala dan tengkuknya berat dari biasa. Abu semakin tidak sedap hati. Surau ni surau tinggal ke? Dah lar uzur.. Apa benda pulak lar yang duduk kat leher aku ni? Berat je.. Suara ketawa makin kuat.. Abu bertambah gelisah..

Abu sedaya upaya cuba bertenang, digagahi untuk selesaikan solat dgn seberapa segera. Di tahiyat akhir, suara org ketawa semakin ramai, malah ada yg terbatuk-batuk. Abu bertambah gelisah, bulu romanya semakin meremang.

Selesai jer memberi salam, Abu meraup mukanya dr atas ubun2 hingga ke dagu, tiba-tiba Abu tersedar.

Rupa-rupanya dia lupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, gara2 nak cepat. Abu toleh ke belakang, dilihatnya tok imam, bilal dan orang2 kampung yang datang nk solat Asar duk gelakkan dia. Patutlar dengar orang ketawa tadi dan patut lar kepala berat semacam jer.

Abu apa lagi, terus bangun keluar surau start motor dan blah balik ke rumah. Hajat untuk memancing dan dilupakan dan sembahyang Asar kat rumah je lar.

468 ad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

SEO Powered By SEOPressor